Tuesday, December 30, 2014

10 Negara Paling Miskin Di Dunia 2014

Secara amnya, kemiskinan ialah satu keadaan di mana seseorang itu kekurangan bahan keperluan hidup. Kemiskinan dapat didefinasikan dengan lebih terperinci dengan menggambarkan situasi kekurangan bahan keperluan asasi seperti makanan, kediaman dan pakaian.
Kemiskinan selalunya disebabkan oleh individu itu sendiri ataupun masyarakat dan persekitarannya.
Sebuah majalah bisnes terkemuka dari Amerika Syarikat, Global Finance telah menjalankan kajian tentang kemiskinan, kami ringkaskan 10 negara yang paling miskin di dunia berdasarkan aspek kajian yang mereka lakukan.
10. Mozambique


Republik Mozambik adalah sebuah negara di bahagian selatan Afrika yang bersempadanan dengan Afrika selatan Swaziland, Tanzania, Malawi, Zambia. Ibu negaranya sekaligus badar terbesarnya ialah Maputo yang terletak di selatan negara tersebut.
Menurut data IMF(Tabung Kewangan Anatrabangsa) GDP tahunan negara ini berlegar sekita 8% antara tahun 1994-2006.
Mozambik menjadi negara termiskin dan termundur di dunia dan keadaan ekonomi negara ini bertambah parah dengan pelbagai masalah dihadapi penduduknya seperti peperangan saudara dan penyakit berjangkit yang mengakibatkan banyak yang maut.
9. Afghanistan – GDP: $1,072.19

Afghnistan merupakan sebuah negara yang realtif miskin dan sangat bergantung kepada pertanian dan penternakan. Ekonominya semakin lemah akibat ketidaktentuan politik dan aktiviti militan. Kemarau yang berpanjangan juga menambah kesulitan penduduk di sini sejak 1998.
Lebih 70% penduduk Afghanistan meneruskan hidup dengan nilai pendapatan lebih kurang $2 sehari. Ekonomi Afghanistan yang banyak bergantung kepada tembakau lebih tergugat dan jatuh disebabkan perang.
8. Republik Afrika Tengah – GDP: $827.93

Negara yang menempatkan ramai penduduk berbangsa Bangui ini bergantung kepada bantuan luar negeri dan organisasi bantuan luar.

Sama seperti negara miskin yang lain, kebuluran yang teruk menjadi salah satu masalah yang perlu diselesaikan. Sikap kebanyakan pekebun dan petani disini yang lebih gemar menjual hasil tanaman mereka ke leuar negeri menajdi salah satu faktor penduduk disini kekurangan bahan makanan.
Pada tahun 2006, berlaku satu pemberaontakan di negara ini dan menyebabkan lebih kurang 5000 orang mati kelaparan.
 7. Eritrea – GDP: $792.13



Lokasi Eritrea sangat strategik berdekatan Terusan Suez. Eritra adalah negara yang dituduh Amerika memiliki hubungan dengan pengganas.

Pada tahun 2009, Hillary Clinton menduh Eritrea menyeludup senjata untuk diberikan kepada kumpulan As-Shahab yang dikatakan memiliki hubungan dengan Al-Qaeda. Krisis politik dan peperangan yang tak pernah sunyi terhadap negara ini menyebabkan ekonominya merudum dan menjadi antara negara termiskin di dunia.
6. Nigeria – GDP:$853.43

Negara yang 80% landskapnya ditutupi gurun sahara ini berkeluasan dua kali ukuran Perancis. Namun dari 10,000km jaringan jalanraya yang mereka miliki, hanya 800km sahaja diturap.

Jalan yang berturap hanya di kawasan bandar. Nigeria juga merupakan pengeksport uranium terbesar di dunia. Dikatakan hanya seorang daripada empat orang mendapat pendidikan disini. Negara ini juga dikatakan miskin dari aspek ketenteraan keran dipercayai negara ini hanya memiliki 12,000 orang tentera dan diperkuatkan dengan 14 pesawat tempur.
5. Guinea-Bissau

Sebagai salah sebuah negara dengan GDP perkapita terendah, lebih daripada dua pertiga penduduk Guinea Bissau hidup di bawah paras kemiskinan.

Ekonominya bergantung kepada pertanian, perikanan dan kacang mete serta kacang tanah sebagai bahan eksport utama. Pernah berlaku satu masa di mana ketidaktentuan politik menyebabkan aktiviti ekonomi terjejas teruk dan menyebabkan ketidakseimbangan makro-ekonomi.
4. Somalia

Tak seperti kebanyakan negara Afrika, Somalia belum pernah secara rasminya dijajah oleh negara lain. Somalia yang terletak di Afrika Timur memiliki hubungan sulit dengan dunia Arab kerana menjadi anggota Liga Arab disebabkan latar belakang agama Islam.

Somalia merupakan salah satu negara Afrika yang memiliki pengiudap HIV dan AIDS terendah. Somalia pernah menjalinkan persahabatan dengan kesatuan Soviet bagi tujuan ketenteraan tetapi berpecah pada tahun 1991.
Kini Somalia telah menemui cara baru untuk mendapatkan duit dengan menjadi lanun dan menahan kapal-kapal yang melalui perairannya untuk mendapatkan duit samada melalui barang yang di bawa atau menjadikan anak kapal itu sendiri sebagai tebusan.
3. Liberia – GDP: $716.04

Liberia merupakan salah satu negara di Afrika yang belum pernah dijajah Eropah. Sebaliknya Liberia dibangunkan oleh pendatang dari Amerika.

Mereka mendirikan Liberia sama seperti pemerintahan yang dijalankan Amerika pada tahun 1980. Presiden Liberia telah digulingkan dan diikuti perang saudara.
Akibatnya perang itu memakan korban sehingga ratusan ribu nyawa dan Liberia berada dalam krisis ekonomi yang meruncing. Statistik menunjukkan, sekitar 90% penduduk negara ini hidup dengan pendapatan di bawah $ 125 sehari. Kadar pengangguran juga mencecah angka 85%.
2. Burundi – GDP: $648.58

Perang Saudara merupakan perkara biasa disini. Negara ini miskini akibat perang saudara yang tidak pernah berakhir. Rasuah, akses penduduk miskin terhadap pendidikan dan wabak HIV dan AIDS merupakan masalah yang menyelubungi Burundi.

93% pendapatan Burundi berpunca daripada eksport kopi. Lebih kurang 80% penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan. Menurut statistik, 57% kanak-kanak di bawah lima tahun mengalami kebuluran.
1. Republic Of The Congo – GDP Per Capita: $394.25)

Negara ini dulunya dikenali sebagai Zaire(1971-1997). Negara ini menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi. Perang Congo berlaku pada 1998 melibatkan sekurang-kurangnya tujuh tentera negara asing.

Perang ini dikatakan konflik paling membunuh di dunia sejak Perang Dunia ke-2 dan dianggap sebagai Perang Dunia Afrika. Pada tahun 2010, dikatakan kira-kira 45,000 orang maut akibat kebuluran.
Republic Congo juga dipercayai salah satu tempat terakhir di bumi ini yang masih terdapat suku kannibal. Republic Congo juga dikatakan tempat paling teruk bagi wanita kerana disini tercatat kes rogol tertinggi di dunia. Ini kerana penduduk setempat percaya dengan meniduri seorang perawan akan menyembuhkan AIDS.
Source : http://www.harianblogger.com/

No comments:

Post a Comment