Wednesday, December 17, 2014

Senarai 10 Orang Terkaya Di Malaysia Tahun 2014

Laporan Forbes yang telah dikemaskini menyenaraikan 10 pemilik bisnes lelaki terkaya di Malaysia bagi tahun 2014. Ramai antara pemilik bisnes dalam senarai ini turut tersenarai dalam 1,000 lelaki terkaya di dunia tahun 2014.

1 – Tan Sri Robert Kuok Hock Nien



Berumur 91 tahun
Jumlah aset terkini: RM38 billion
Syarikat utama: Kuok Group / Kerry Group
Sumber kekayaan terbesar: Gula, kelapa sawit, perkapalan dan hartanah
Beliau merupakan individu terkaya bertaraf billionaire di dunia tahun 2014 pada kedudukan ke 101. Syarikat beliau, Wilmar International turut tersenarai dalam syarikat minyak sawit tersenarai terbesar di dunia.

2 – Tan Sri T. Ananda Krishnan


Berumur 76 tahun
Jumlah aset terkini: RM37.3 billion
Syarikat utama: Usaha Tegas, Astro, Maxis
Sumber kekayaan terbesar: Telekomunikasi
Dikenali sebagai pemilik bisnes dan dermawan. Berada pada kedudukan ke 102 dalam individu terkaya bertaraf billionaire di dunia tahun 2014.

3 – Tan Sri Lim Kok Thay & Family


Berumur 62 tahun
Jumlah aset terkini: RM21.5 billion
Syarikat utama: Genting Berhad
Sumber kekayaan terbesar: Kasino
Kekayaannya diwarisi daripada ayahnya, Tan Sri Lim Goh Tong yang membangunkan Genting Group. Merupakan pengerusi dan CEO Genting Berhad.

#4 – Tan Sri Quek Leng Chan


Berumur 71 tahun
Jumlah aset terkini: RM21.1 billion
Syarikat utama: Hong Leong Group Malaysia
Sumber kekayaan terbesar: Perbankan, hartanah
Beliau merupakan pengerusi Hong Leong Group Malaysia. Beliau mewarisi kekayaannya dari bapanya, salah seorang daripada 3 adik-beradik yang memulakan sebuah kumpulan perbankan yang kecil pada tahun 1920.

5 – Tan Sri Teh Hong Piow


Berumur 84 tahun
Jumlah aset terkini: RM18.5 billion
Syarikat utama: Public Bank
Sumber kekayaan terbesar: Perbankan
Beliau dilahirkan di Singapura. Merupakan pengerusi Public Bank Berhad di Malaysia. Mengikut laporan Forbes, beliau mendapat kedudukan ke 247 dalam senarai billionaire di dunia tahun 2014.

6 – Tan Sri Lee Shin Cheng


Berumur 75 tahun
Jumlah aset terkini: RM14.2 billion
Syarikat utama: IOI Corporation Berhad
Sumber kekayaan terbesar: Kelapa sawit, hartanah
Syarikatnya, IOI Corporation Berhad pernah disenaraikan oleh Forbes pada tahun 2012 sebagai syarikat minyak sawit dan pembangunan hartanah terbesar.

7 – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary


Berumur 62 tahun
Jumlah aset terkini: RM10.2 billion
Syarikat utama: AlBukhary Corporation Sdn Bhd
Sumber kekayaan terbesar: Pelbagai antaranya pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta kejuruteraan dan penjanaan kuasa
Antara anak Melayu terkaya dalam senarai individu terkaya di Malaysia dan di dunia. Berada pada kedudukan ke 617 mengikut laporan Forbes bagi senarai billionaire di dunia.

8 – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay


Berumur 84 tahun
Jumlah aset terkini: RM8.9 billion
Syarikat utama: YTL Corporation
Sumber kekayaan terbesar: Pembinaan, hartanah
Merupakan pengerusi YTL Corporation. Syarikatnya, YTL Corporation dikenali sebagai antara syarikat terbesar dan paling berjaya di Malaysia dalam pembinaan, utiliti, hotel, pembangunan hartanah dan teknologi.

9 – Tan Sri Datuk Sir Tiong Hiew King


Berumur 79 tahun
Jumlah aset terkini: RM5.9 billion
Syarikat utama: Rimbunan Hijau Group
Sumber kekayaan terbesar: Pembalakan, media
Beliau adalah pengerusi Rimbunan Hijau Group, sebuah syarikat pembalakan yang ditubuhkan pada tahun 1975. Operasi pembalakannya di luar negara, iaitu dalam negara Papua New Guinea adalah yang terbesar di negara itu.

10 – Tan Sri Dato Seri Vincent Tan Chee Yioun


Berumur 62 tahun
Jumlah aset terkini: RM5.3 billion
Syarikat utama: Berjaya Corporation Berhad
Sumber kekayaan terbesar: Pelbagai antaranya pengurusan harta untuk loteri, makanan dan minuman
Beliau menguruskan Berjaya Corporation Berhad yang mempunyai pelbagai industri antaranya golf, harta, resort, dan perjudian yang dikenali sebagai Berjaya Group.
Source : www.majalahniaga.com

No comments:

Post a Comment