Sunday, December 14, 2014

Seorang Lelaki Membunuh Diri Selepas Mengelar Tangan dan Kaki Isterinya




KLUANG: Seorang penganggur berusia 47 tahun mengelar kedua-dua pergelangan tangan dan pergelangan kaki isterinya dengan sebilah parang sebelum dia mengambil nyawanya sendiri dengan meminum racun serangga dan menggantung diri di beranda rumahnya di Taman Suria di sini pagi semalam.



Kejadian itu berlaku di hadapan anak lelakinya berusia sepuluh tahun dan ibu lelaki itu kira-kira pukul 11 pagi.

Difahamkan wanita itu, K. Menaga, 46, yang bekerja sebagai pencuci dapur di Singapura, pulang dari kerja kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum pasangan itu terbabit dalam pertengkaran, yang berakhir dengan lelaki itu menyerang isterinya dengan sebilah parang.

Polis menemui mayat N. Marimuthu ketika mereka tiba di rumahnya di Jalan Kedondong 4. Kedua-dua pergelangan tangan dan buku lali Menaga telah terputus dan dia ditemui di dalam keadaan pendarahan yang banyak. Keadaannya dilaporkan kritikal.

Ketua Polis Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari tidak menolak kemungkinan bahawa punca serangan itu disebabkan oleh cemburu si mati ke atas isterinya yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan lelaki lain.

"Wanita itu adalah berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kluang," katanya.
Anaknya yang nampak takut dengan kejadian itu, segera memanggil bapa saudaranya yang seterusnya memaklumkan kepada pihak polis mengenai kejadian itu.

No comments:

Post a Comment