Wednesday, January 28, 2015

Facebook, Instagram digodam



KUALA LUMPUR – Penjenayah siber dikenali sebagai Lizard Squad yang menganggotai kumpulan Cyber Caliphate atau Khalifah Siber semalam mendakwa menggodam laman media sosial paling popular di dunia, Facebook dan Instagram selepas menjadikan laman web rasmi Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai mangsa kelmarin.
Ratusan juta pengguna Facebook dan Instagram di seluruh dunia termasuk di Malaysia tidak dapat menggunakan kedua-dua media sosial itu selama sejam sejak pukul 6.10 GMT (2.10 petang waktu tempatan) disebabkan serangan siber tersebut.
Gangguan talian itu menyebabkan Facebook dan Instagram yang mempunyai 1.5 bilion pengguna di seluruh dunia terpaksa menyiarkan mesej ralat kepada penggunanya di Amerika Syarikat (AS), Asia, Australia dan United Kingdom.
Menurut portal berita Daily Mail Online yang berpangkalan di England, Lizard Squad membuat pengakuan itu dalam laman Twitter @LizardMafia.
Bagaimanapun, portal berita tersebut melaporkan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang juga pemilik Instagram menafikan kedua-dua media sosial berkenaan telah digodam sebaliknya mendakwa ia berlaku disebabkan masalah teknikal.
Sumber - Kosmo

No comments:

Post a Comment