Friday, January 23, 2015

Hasil Seni Menakjubkan Dalam Lubang Jarum Hanya Boleh Dilihat Menggunakan Mikroskop


Mungkin amat sukar untuk dilihat, namun seni dihasilkan di dalam liang jarum ini membuktikan keindahan mampu didapati dalam pakej bersaiz kecil. Willard Wigan, 57, mula meminati arca bersaiz kecil sejak berusia lima tahun apabila membuat 'rumah' untuk semut kerana menyangka serangga itu memerlukan tempat tinggal. Dengan beberapa pakar menganggapnya sebagai 'keajaiban kelapan dunia,' hasil kerja Wigan begitu kecil hingga ia hanya dapat dilihat menerusi mikroskop.


Dia menghasilkan karya sebesar lubang jarum atau kepala peniti, malah setiap pergerakannya diukur berdasarkan degupan jantung seterusnya membantunya mengawal tangannya daripada bergetar. Hasil seninya ini kini dipamerkan di Birmingham manakala hasil jualannya akan digunakan untuk menyokong program kemasyarakatan dianjurkan perpustakaan berkenaan. "Ketika kecil, saya mencipta dunia fantasi untuk menghilangkan kebosanan. "Kini kanak-kanak di sini mempunyai akses kepada jutaan kisah di dalam Perpustakaan Birmingham seterusnya memperkembangkan bakat dimiliki. "Saya menjadi penaung Badan Amanah Perpustakaan Birmingham supaya semua kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang atau kebolehan mempunyai peluang membuka kreativiti mereka," katanya.











No comments:

Post a Comment