Monday, January 26, 2015

Laman Web Malaysia Airlines Digodam


KUALA LUMPUR: Laman web rasmi syarikat penerbangan Malaysia Airlines digodam pada kira-kira jam 10 pagi tadi.

Pengguna internet yang melayari URL www.malaysiaairlines.com dibawa ke satu laman web yang mempuyai imej pesawat Malaysia Airline.

Laman berkenaan turut bertulis, “404 – Plane Not Found. Hacked by Cyber Caliphate. Follow Cyber Caliphate on Twitter.”

Laman web berkenaan kembali pulih seperti biasa namun pada jam 10.25 pagi, laman web berkenaan digodam sekali lagi.

MAS
Laman web Malaysia Airlines digodam - Paparan skrin layar laman web Malaysia Airlines.com

Kali ini, tertera di laman web berkenaan satu imej menunjukkan gambar seekor cicak bersut hitam dan bertopi.


Source - http://www.astroawani.com/

No comments:

Post a Comment