1. Cikgu Sains
Cikgu: Ajoi! Di mana letaknya jantung?
Ajoi: Errr tak tau cikgu..
Cikgu: (hangin) Awak ni saya baru ajar tadi mesti berangan..Keluar kelas Sekarang!!!
*keluar sekejap dan masuk kelas semula
Ajoi: Cikgu.. kat luar pun saya tak jumpa jantung tu
2. Cikgu BI
Cikgu : Ajoi! kenapa lambat?
Ajoi: Saya kena rompak cikgu!
Cikgu: Ye ker? So awak takde pape?
Ajoi: Takde pape cikgu.
Cikgu: Habis apa yang hilang
Ajoi: Buku tulis BI Cikgu…
Cikgu: (dalam hati) Cis!!! Mesti tak siap essay semalam lah ni..
3. Cikgu BM
Cikgu: Siapa yg ingat pelajaran minggu lepas?
*Kelas senyap*
Cikgu: Ajoi! Kamu ingat?
Ajoi: Kan cikgu ajar dulu … barang yang lepas usah dikenang ..
Cikgu: (dalam hati) aku hempuk juga budak ni kang!
4. Cikgu Math
Kelas ujian objektif
Cikgu: Ajoi ! Jangan meniru!!!
Ajoi: Takdelah cikgu mana ada meniru
Cikgu: Habis tu yang awak jenguk-jenguk jawapan Sumardi tu naper?
Ajoi: Err soalannya macam sama jer cikgu…jadi saya cuma nak samakan jawapannya juga..
5. Cikgu Geografi
Cikgu: Ok, siapa yg boleh jawab boleh balik cepat.
*AJoi baling pen ke depan
Cikgu: Siapa yang baling pen ni tadi?
Ajoi: Saya cikgu…!!!! Yeay dah boleh balik!
*sambil pikul beg.
Cikgu: Wei Ajoi! awak nak ke mana tu?
Ajoi: La kan cikgu cakap siapa jawab boleh balik..
CIkgu: (dalam hati) kalau anak aku ni dah kena penampo Jepun dah ni…
6. Sokongan keluarga
Kakak Ajoi: Ajoi! Kalau kamu tak lulus lagi subjek yang senang tu,tak yah kenal lagilah dengan kakak!
*Selepas exam*
Kakak Ajoi: Ajoi.. camner exam kamu?
Ajoi: Maaf, kakak ni siapa ya?
No comments:
Post a Comment