Honda baru sahaja selesai membangunkan versi produksi bagi model 2016 Honda NSX dan membuat kemunculannya di Detroit Auto Show, tetapi sudah ada berita tentang kedatangan versi yang lebih hebat pada masa akan datang.
Ini memberi gambaran jelas tentang semangat yang ditunjukkan oleh pasukan NSX untuk menaiktaraf lagi NSX untuk menjadikan super car Jepun ini lebih hebat dari lawannya yang termasuk Ferrari 458 Italia, Audi R8 V10 dan Porsche 911 Turbo.
Model NSX-R (hanya dalam pasaran Jepun) sebelum ini dikeluarkan dua tahun selepas model NSX pertama dikeluarkan dan mendapat manfaat dari pengurangan berat sebanyak 150kg, sistem suspensi yang lebih keras, dan output yang lebih kuat.
Saksikan video di bawah ini yang memberikan sedikit sebanyak gambaran cara ianya dipandu dalam dua mod berbeza dan bunyi gabungan sistem SH-AWD dan enjin twin turbo yang digunakan bersama transmisi 9-kelajuan.
Source - http://www.arenakereta.com/
No comments:
Post a Comment