Tuesday, February 10, 2015

FESTIVAL URS : PERAYAAN SEAKAN THAIPUSAM AMALAN PENGANUT ISLAM RAJASTAN

Minggu lalu penganut Hindu di Malaysia menyambut perayaanThaipusam. Setiap kali Thaipusam berlangsung kita boleh melihat penganut mengangkat kabadi dengan tubuh mereka dicucuk dengan pelbagai objek tajam. Ini bagi menunjukkan keimanan mereka kepada Dewa Murugan. Tetapi tahukah anda di Ajmer, Rajastan India ada Festival Urs yang disambut umat Islam yang juga memperlihatkan aksi ngeri seperti Thaipusam?

Festival Urs ialah acara tahunan yang disambut setiap bulan Rejab bagi memperingati tarikh kematian ahli Sufi Moinuddin Chishti. Upacara selama 6 hari 6 malam ini dimulakan dengan acara zikir sepanjang malam di makan Moinuddin Chishti. Upacara tahunan ini biasanya akan mengumpulkan 400 000 pengamal ajaran Sufi Chishti dari seluruh dunia. Kemuncak festival Urs ialah perarakan yang menganduni aksi mencocok mata dengan pisau sehingga terkeluar dan mencucuk tubuh dengan objek tajam persis seperti perayaan Thaipusam. Ianya dilakukan bagi menunjukkan tahan keimanan mereka kepada umum. 




No comments:

Post a Comment